Kuota Minyak Masak Bersubsidi Mencukupi - Hamzah

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 5:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kuota minyak masak bersubsidi atau paket 1 kilogram (kg) adalah lebih daripada mencukupi.

Beliau berkata, penggunaan minyak masak oleh 30 juta rakyat Malaysia dianggarkan 45,000 metrik tan sebulan.

"Penggunaan minyak masak bagi setiap seorang adalah 1.5kg atau 45,000 (metrik tan) sebulan (penggunaan rakyat Malaysia).

"Kuota yang kita keluarkan melebihi 45,000 (metrik tan). Sepatutnya ia mencukupi untuk semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program NH Korea@Pasarnita di Menara Mara di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keperluan untuk menambah kuota minyak bersubsidi bagi paket 1kg.

Hamzah bagaimanapun tidak mendedahkan kuota baharu bagi minyak masak bersubsidi pada masa ini.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan subsidi minyak masak hampir 85,000 metrik tan sebulan, sekali ganda berbanding penggunaan rakyat Malaysia.

Minggu lalu, harga minyak masak paket 1kg ditetapkan kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November.

Kadar itu berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Hamzah yang mengumumkan perkara itu berkata, penstrukturan semula minyak masak dilakukan berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses (olein) dari RM2,341 satu tan pada Januari tahun lepas kepada hampir RM3,000 satu tan sekarang.

Mesyuarat Kabinet pada 21 September lalu bersetuju supaya KPDNKK mengambil alih pengurusan COSS daripada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bermula 1 November ini.

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , Minyak Masak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan