Malaysia Jalin Hubungan Seimbang Dengan China, AS - Zahid

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 5:10 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia menjalin hubungan yang seimbang dengan China dan Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kami amat seimbang bukan setakat hubungan diplomatik. GTG (kerajaan-dengan-kerajaan), kerjasama kami sangat rapat dengan Amerika Syarikat. Juga P2P (rakyat-dengan-rakyat) selain B2B (perniagaan-dengan-perniagaan)," kata beliau kepada media di akhir Dialog Memerangi Keganasan Asia-Eropah di sini Selasa.

Ahmad Zahid menegaskan malah beliau sendiri mengunjungi Washington dua kali setakat ini.

"Saya berpendapat untuk menyifatkan sesuatu hubungan sebagai dingin atau mesra itu amat subjektif bagi sesiapa pun. Kami ingin mengadakan hubungan yang seimbang dengan kedua-dua negara (China dan Amerika Syarikat)," katanya.

Ahmad Zahid menjawab soalan bahawa Malaysia ketika ini dilihat seperti mengadakan hubungan lebih 'mesra' dengan China berbanding Amerika Syarikat.

Timbalan perdana menteri tiba di sini pagi Selasa untuk menghadiri Dialog Memerangi Keganasan Asia-Eropah.

"Kami mewujudkan hubungan dengan China pada 1974. Hubungan dua negara ini amatlah mesra, lebih-lebih lagi kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Setakat ini beliau telah tiga kali mengunjungi China.

"Ia untuk menzahirkan komitmen kami dalam menyelesaikan isu ekonomi di rantau ini selain mempelawa China melabur dalam projek HSR Malaysia (Keretapi Berkelajuan Tinggi," katanya.

Najib kini melakukan lawatan rasmi enam hari ke China, bukan sahaja untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala, tetapi juga kerjasama dalam isu serantau dan antarabangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , China , AS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan