Hospital Medan Di HSA Mula Beroperasi

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Hospital Medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diletakkan di pekarangan bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) mula beroperasi pada Selasa dan bersedia menerima pesakit.

Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata hospital itu akan beroperasi 24 jam dan mampu melakukan pembedahan kecemasan terhadap pesakit setiap satu jam.

"Persediaan latihan operasi untuk menerima pesakit telahpun kita jalankan dan kita menempatkan empat pegawai dan 25 paramedik ATM.

"Soal jangka masa hospital ini digunakan tidak menjadi masalah kerana tumpuan harus diberikan kepada usaha-usaha pemulihan dewan bedah di Bangunan Induk HSA sehingga ia dapat berfungsi seperti sediakala," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Medan di HSA, di sini Selasa.

Hospital Medan itu menyediakan wad, dewan pembedahan bergerak, unit perkhidmatan pensterilan atau dekontaminasi (Unit Sucihama), perkhidmatan X-ray dan pergigian.

Ini berikutan kejadian kebakaran di HSA pada Selasa lepas.

Raja Mohamed Affandi berkata pengurusan hospital medan itu akan diserahkan kepada pihak HSA yang dibantu oleh pihak ATM dari segi penyelenggaraan dan teknikal.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor Dr Rooshaimi Merican A. Rahim Merican berkata buat masa ini, Hospital Medan hanya berfungsi untuk menjalankan pembedahan kecemasan.

"Buat permulaan, kita tidak menerima pesakit luar tetapi akan lebih menumpukan perhatian pada pembedahan kecemasan dan kita akan kaji dari sehari ke sehari keperluannya," katanya.

Kebakaran yang berlaku pada pagi Selasa lepas di Unit Rawatan Rapi (ICU) Selatan di tingkat dua bangunan induk HSA itu, meragut nyawa enam pesakit kritikal manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan.

Ia turut mengakibatkan dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi wad itu cedera kerana terhidu asap dan dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Berikutan kejadian itu, Kementerian Kesihatan mengarahkan penutupan sementara secara berperingkat bangunan induk HSA bagi memberi ruang kerja-kerja penilaian tahap keselamatan, pendawaian, kajian struktur bangunan dan hal-hal berkaitan dilakukan, dan dijangka mengambil masa dua hingga empat minggu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Hospital Medan , ATM , HSA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan