Bersih Hantar Notis Perhimpunan 19 November Kepada Polis

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersih 2.0 telah mengemukakan notis 10 hari kepada polis, seperti dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman untuk mengadakan perhimpunan pada 19 November ini, menurut pemerhati pilihan raya itu.

Dalam satu kenyataan, ia berkata peserta perhimpunan akan bertemu di Dataran Maybank, Jalan Bangsar dan Masjid Negara sebelum berjalan ke Dataran Merdeka.

Katanya, perhimpunan itu akan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang.

Kira-kira 1,000 orang akan membentuk satu pasukan keselamatan dengan 80 kakitangan perubatan diletakkan dalam keadaan bersedia.

Notis untuk perhimpunan tersebut telah diserahkan ke balai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Brickfields dan Dang Wangi.

"Bersih 2.0 akan membuat tindakan susulan dengan pihak polis pada minggu akan datang dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," kata kumpulan itu.

"Kami berharap pihak polis akan bekerjasama dengan kami dan menyediakan tenaga kerja dan anggota keselamatan pada 19 November," katanya.


Bersih 2.0 berkata, ancaman keganasan tidak akan menghalang mereka daripada melakukan perarakan di jalan raya pada 19 November ini.

"Kita perlu bersatu demi memperjuangkan Malaysia yang lebih baik," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan