Bekalan Minyak Masak Kurang, Dipercayai Disorok Peniaga - CAKE

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kekurangan bekalan minyak masak di beberapa pasar raya sekitar Alor Setar dipercayai kerana disorok oleh peniaga yang cuba mengaut keuntungan, kata Presiden Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE) Datuk Yusof Ismail.

Beliau berkata tinjauan CAKE mendapati minyak masak yang dijual di dalam botol seberat 3kg masih dijual dengan harga RM9, botol seberat 5kg (RM13.35) manakala minyak masak yang dijual di dalam paket 1kg berharga RM2.50.

Katanya isu kekurangan minyak masak tidak sepatutnya timbul memandangkan Malaysia mampu mengeksport bekalan minyak masak ke luar negara, namun sikap segelintir peniaga yang tidak berintegriti menyebabkan ramai pengguna menghadapi masalah mendapatkan keperluan asas itu.

"Saya yakin bekalan minyak masak akan kembali pulih apabila kerajaan menaikkan harga terbuka seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di sebuah pasar raya di sini, Selasa.

Sementara itu, seorang pengguna, Ninpa A/L Simuak, 45, yang berasal dari Lubuk Merbau, Sik, berkata dia terpaksa menempuh perjalanan lebih 60 kilometer bagi mendapatkan minyak masak seberat 5kg yang sukar didapati di daerahnya.

"Saya bimbang apabila dengar harga minyak masak akan naik kerana sejak minggu lalu lagi, saya hanya dibenarkan membeli sebungkus minyak masak seberat 1kg setiap hari di kedai runcit berhampiran rumah.

"Bimbang bekalan tidak mencukupi, saya memandu dari Sik ke Alor Setar bagi membeli minyak masak," katanya.

Natrah Mat, 42, dari Guar Chempedak pula mendakwa bekalan minyak masak di kedai runcit dan pasar raya di kawasannya habis dijual.

"Bekalan minyak masak banyak yang habis dijual, jadi saya datang ke sini untuk membeli tetapi saya lihat bekalan di sini juga hampir habis walaupun masih awal," katanya.

Pada 26 Oktober lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50, bagaimanapun minyak masak di dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa pada Selasa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: minyak masak , CAKE

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan