KWSP Sasar 3 Juta Guna E-Caruman Menjelang Akhir 2016

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 2:37 PM

Ahli KWSP mengunjungi kaunter pendaftran i-Akaun yang disediakan sempena majlis perasmian Program Transformasi Bayaran Caruman melalui e-Caruman di Suasana Kijang Bank Negara Malaysia, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sejumlah tiga juta akan menggunakan e-Caruman menjelang akhir tahun berbanding satu juta ketika ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Dana itu melancarkan Program Transformasi Pembayaran Carumah e-Caruman bagi menggalakkan semua majikan berdaftar supaya mengoptimumkan penggunaan kemudahan itu semasa mencarum sumbangan KWSP bulanan masing-masing.

Shahril Ridza berkata pelancaran kemudahan e-Caruman pada Januari 2013 memperoleh sambutan menggalakkan, dengan lebih 95 peratus majikan menggunakan kemudahan itu setiap bulan sehingga September 2016.

"Memandangkan mereka sudah pun selesa menggunakan kemudahan itu, kami kini menggesa mereka mempertingkatkan proses membuat pembayaran dengan menggunakan FPX yang dilengkapkan dalam sistem e-Caruman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Pembayaran Caruman e-Caruman.

Program itu adalah usaha sama antara KWSP dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd, sebuah unit di Bank Negara Malaysia, serta operator FPX.

FPX merupakan penyelesaian pembayaran dalam talian yang mudah dan terjamin, membolehkan pendebitan masa nyata akaun perbankan Internet pelanggan pelbagai bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan (kiri) bersama Pengerusi MyClear dan Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Halim Shafie (kanan) merasmikan Program Transformasi Bayaran Caruman melalui e-Caruman di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Operasi) KWSP Datuk Mohd. Naim Daruwish (dua, kiri), Pengarah Urusan MyClear Peter Schiesser (dua, kanan) dan Ketua Jabatan Caruman KWSP Azmi Awang (tengah).

Shahril Ridza berkata integrasi dengan FPX akan membolehkan majikan membuat pembayaran secara dalam talian terus dari portal e-Caruman dan aplikasi mudah alih tanpa dikenakan caj transaksi.

Beliau berkata program itu selari dengan objektif KWSP untuk mengurangkan pergantungan kepada perkhidmatan kaunter, menyegerakan transaksi mudah alih serta meningkatkan pengalaman menyeluruh dalam urusan berkenaan.

"Sejak Januari 2017, KWSP akan memansuhkan sistem manual bagi pembayaran sumbangan oleh majikan, dan mereka digesa mula menggunakan kemudahan e-Caruman.

"Semua transaksi oleh majikan dengan KWSP hanya secara dalam talian dan tidak lagi menggunakan Borang A (sistem pembayaran manual)," katanya.

Sehingga September 2016, 414,411 majikan aktif sudah menggunakan e-Caruman bagi mengemukakan Borang A mereka secara dalam talian, membabitkan RM4.4 bilion.

Bagaimanapun, hanya 20.2 peratus atau 98,682 majikan memasukkan caruman bernilai RM1.57 bilion, secara dalam talian.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KWSP , e-Caruman , Shahril Ridza Ridzuan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan