Kesihatan Tiga Jururawat HSA Semakin Baik

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Keadaan kesihatan dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang cedera dalam insiden kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu Selasa lepas bertambah baik, kata anggota exco kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata mereka tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan dan kedua-dua jururawat itu juga tidak lagi memerlukan bantuan oksigen. 

Hanya pelatih fisioterapi yang masih diberikan rawatan oksigen biasa, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ayub berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu Nursuhaily Saliman @ Suleiman, 23; Nurul Ain Zulkarnain, 24; dan Siti Nurshafika Mohd Amsah, 21, masih ditempatkan di Unit Rawatan Kebakaran untuk pemerhatian.

Mengenai S. Supammah, 67, pesakit ICU yang diselamatkan dalam tragedi kebakaran yang meragut enam nyawa pesakit kritikal di wad itu, Ayub berkata keadaannya masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Kebakaran. "Dia masih menggunakan alat bantuan pernafasan namun berada dalam keadaan stabil dan dalam pemantauan pakar," katanya. 

Ayub berkata pesakit yang dimasukkan ke wad di HSA bagi tujuan pembedahan elektif (pembedahan yang dijadualkan lebih awal dan bukannya kes kecemasan) dibenarkan pulang.

Beliau turut memaklumkan kebanyakan kes kecemasan kini akan dirujuk dan dikendalikan Hospital Kulai.

"Pihak Hospital Kulai akan memberikan tumpuan pada pesakit yang lebih serius dan memberi rawatan kecemasan diikuti dengan rujukan atau kemasukan wad jika perlu," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan sekitar yang mahu mendapatkan rawatan bukan kecemasan boleh pergi ke Klinik 1Malaysia Saleng di Bandar Putra dan Klinik Kesihatan Kulai Besar.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: HSA , jururawat , Ayub Rahmat

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan