Siasatan Terhadap Ridhuan Tee Berterusan - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 11:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli akademik, Dr Ridhuan Tee Abdullah disiasat di bawah pelbagai akta susulan kenyataan yang didakwa berunsur hasutan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Salah satu siasatan merujuk kepada kenyataannya baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu bahawa pemenang pingat Olimpik bukan Melayu bersaing untuk mendapatkan ganjaran kewangan dan bukan kerana patriotisme.

"Siasatan kes ini masih berterusan," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Parlimen.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kertas siasatan berhubung kenyataan Ridhuan yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat India pada Februari 2013 telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Selain itu Lim juga meminta penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil terhadap Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri kerana didakwa menyeru orang Melayu memboikot peniaga Cina.

Ahmad Zahid berkata kertas siasatan mengenai kenyataan Ismail telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 25 Mac tahun ini.

Pada Februari tahun lepas, Ismail yang pada ketika itu adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menulis di Facebook dengan menggesa pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina bagi memberi tekanan supaya menurunkan harga barangan mereka.

Bagaimanapun menerusi posting lain, Ismail menjelaskan bahawa kenyataan beliau tidak ditujukan kepada semua orang Cina tetapi hanya kepada mereka yang enggan menurunkan harga mereka.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan