Mavcom Umum Semakan Semula PSC, Perkenalkan Caj Untuk Peringkat Asean

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 6:36 PM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memperkenalkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang baharu untuk penerbangan ke negara-negara Asean iaitu sebanyak RM35 setiap penumpang berbanding RM65 sekarang ini.

Ini menjadikan Malaysia sebagai negara Asean yang pertama dalam memperkenalkan caj peringkat itu.

Caj peringkat baharu bagi Asean itu dibuat selepas semakan semula kadar PSC yang yang mengenakan caj sebanyak RM11 untuk penerbangan domestik sehingga RM73 bagi penerbangan antarabangsa dari semua lapangan terbang dan RM50 bagi klia2.

Sekarang ini, kadar PSC untuk penerbangan domestik adalah RM9 untuk lapangan terbang antarabangsa dan RM6 bagi klia2. 

Kadar untuk penerbangan antarabangsa, termasuk ke negara-negara Asean adalah RM65 di lapangan terbang antarabangsa dan RM32, jika berlepas dari klia2.\

Kadar baru tersebut akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.

Tiket penerbangan yang dikeluarkan sebelum 1 Januari 2017 tidak akan tertakluk kepada kadar baru ini, walaupun perjalanan mengambil tempat pada atau selepas 1 Januari 2017, kata Mavcom dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, pengenalan PSC peringkat Asean mampu meningkatkan kemungkinan pembukaan pintu masuk kedua di Asean serta menambah aliran trafik masuk ke Malaysia. 

Ia juga selaras dengan Pasaran Penerbangan Tunggal Asean (ASEAN-SAM) atau sebagai Dasar Langit Terbuka Asean, polisi penerbangan utama di rantau ini.

Semakan PSC yang terakhir pernah dibuat pada 15 November 2011. 

Sebagai tambahan kepada semakan kadar PSC itu, suruhanjaya juga akan memperkenalkan langkah-langkah tertentu bagi memastikan pengendali lapangan terbang kekal komited dan bertanggungjawab untuk memperbaiki tahap perkhidmatan serta kecekapan kewangan lapangan terbang mereka untuk kepentingan para penumpang di Malaysia.

Menurut Mavcom, selaras dengan matlamat ini, ia sedang berusaha membangunkan satu rangka kerja yang akan menghubungkan pendapatan penerbangan dengan tahap kepuasan pelanggan serta pemegang saham.

Rangka kerja ini akan diperkenalkan pada tahun 2017. 

"Kami agak fokus dengan matlamat jangka panjang dan kemampanan hasil kami. Usaha kami ke atas PSC bertujuan untuk melindungi kepentingan pengguna, menggalakkan persaingan yang adil dan memastikan pengendali lapangan terbang untuk terus mempertingkatkan tahap perkhidmatan mereka.

"Pada masa yang sama, suruhanjaya akan terus berusaha untuk melindungi penumpang melalui Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPS)," kata Pengerusi Eksekutif, Jen (R) Tan Sri Abdullah Ahmad.

Caj aeronautikal PSC, dikenakan ke atas perlepasan domestik dan antarabangsa di semua lapangan terbang negara.

Ia dikutip oleh syarikat penerbangan semasa membeli tiket dan dibayar kepada pengendali lapangan terbang selepas kejayaan sesuatu penerbangan.

Penumpang yang tidak membuat penerbangan walaupun telah membeli tiket, layak menuntut bayaran balik PSC sepenuhnya.

Mavcom berkata, penyamaan PSC secara beransur-ansur di KLIA dan klia2 akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dengan penyamaan PSC yang membabitkan perjalanan domestik dan ASEAN, pengurangan perbezaan dalam PSC antarabangsa (luar Asean) antara KLIA dan klia2 dan kajian semula ke atas PSC pada 2017, dengan tujuan untuk melengkapkan penyamaan sepenuhnya. 

Dalam jangka panjang, kadar penyamaan PSC akan memudahkan persekitaran persaingan yang lebih saksama antara syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di kedua-dua terminal tersebut dan ia juga akan membolehkan Malaysia mematuhi garis panduan antarabangsa dengan lebih baik.

Dalam menentukan kadar PSC di lapangan terbang di Malaysia, Mavcom mengambil kira kadar PSC yang sedia ada di lapangan terbang serantau serta global.

Selepas semakan struktur, caj lapangan terbang kepada penumpang di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini serta dunia. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan