Prasarana: Tiada Bayaran Balik Jika Pengguna Terus Naik LRT Yang Lewat

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang tidak meneruskan perjalanan selepas mengalami kelewatan perkhidmatan LRT dan KL Monorel melebihi 15 minit boleh membuat tuntutan bayaran balik.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bagaimanapun menegaskan hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya jika pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT.

"Pembayaran balik itu diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan sehala sahaja dan tempoh sah kupon tambang percuma itu adalah lima hari dari tarikh dikeluarkan," menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategiknya pada Isnin.

Prasarana mengeluarkan kenyataan itu susulan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri di Dewan Rakyat pada Isnin berkenaan kelewatan perkhidmatan LRT dan Monorel dan bagaimana tuntutan boleh dilaksanakan.

Nancy ditanya Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) yang ingin tahu sama ada sistem pampasan diwujudkan bagi pengguna pengangkutan awam seperti yang dilaksanakan di United Kingdom dan Jepun bagi pengangkutan tidak menepati jadual sebagai langkah memastikan kecekapan perkhidmatan dan mendorong pengurusan LRT dan MRT untuk menaik taraf perkhidmatan.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Koh, Nancy berkata, polisi yang diamalkan oleh Prasarana adalah sekiranya berlaku kelewatan yang melebihi 15 minit, pengguna mempunyai hak untuk menuntut kembali tambang yang dibayar atau mendapatkan kupon sebagai tiket ganti untuk perjalanan pada keesokan harinya.

"Polisi sama akan diguna pakai untuk laluan MRT yang dijangka mula beroperasi pada hujung tahun 2016 dan bakal dikendalikan oleh Prasarana," katanya. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan