Bayaran Balik Jika LRT, Monorel Lewat 15 Minit - Nancy

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 5:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel berhak mendapatkan bayaran balik sekiranya kelewatan tren selama 15 minit dan ke atas, kata Datuk Nancy Shukri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ia merupakan amalan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengenai bayaran balik kepada penumpang yang berdepan dengan kelewatan perjalanan.

"Pada masa ini, perkhidmatan LRT dan KL Monorel di bawah pengurusan Prasarana.

"Ia merupakan amalan mereka untuk membayar balik kepada penumpang yang berdepan dengan kelewatan atau menggantikannya dengan kupon yang boleh digunakan sebagai tiket untuk menggantikan perjalanan pada hari berikutnya," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) di Dewan Rakyat.

Nai Kwong ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai polisi bayaran balik kepada pengguna pengangkutan awam sekiranya mereka berdepan dengan kelewatan, sebagaimana yang diamalkan di Britain dan Jepun.

Nancy memberi jaminan bahawa polisi yang sama juga diamalkan oleh Mass Rapid Transit (MRT) yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir tahun ini.

MRT juga di bawah pengurusan Prasarana.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan