Puteri Anne Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Sambil Belajar

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 5:35 PM

Puteri Anne berbincang sesuatu dengan kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) ketika lawatan baginda, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Puteri Anne dari Britain tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk memulakan lawatan sambil belajar selama dua hari.

Sebaik tiba, baginda dibawa ke pejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) dan diberi taklimat mengenai peranan SEB oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu,  Datuk Torstein Dale Sjotveit.

Anakanda kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip ini kemudiannya di bawa melawat Galeria SEB di mana baginda turut diterangkan mengenai peranan SEB membantu masyarakat Penan yang berada di Skim Penempatan Murum.

Pengurus Kanan 1 SEB, (Pelaburan Sosial dan Pembangunan Komuniti Tanggungjawab Sosial Korporat), Joanne Tan Cho Yian berkata Puteri Anne agak  teruja apabila mengetahui SEB membantu masyarakat Penan.

"Saya turut beritahu baginda mengenai kraftangan kaum Penan dan bagaimana SEB mahu mereka menambah baik kraf mereka untuk kita pasarkan bagi menambah pendapatan mereka.

"Dan kita juga beri mereka latihan agar kita tingkatkan kualiti dan reka bentuk kraf mereka. Baginda bertanya sama ada semua kraf itu adalah hasil reka bentuk asal kaum Penan, saya berkata ya dan baginda nampaknya begitu teruja," katanya kepada Bernama.

Puteri Anne meluangkan masa hampir satu jam di pejabat SEB sebelum berlepas ke pejabat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEC).

Baginda turut dijadual membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di sebuah hotel di sini sebelum menghadiri majlis makan malam yang dihoskan ketua menteri.
Tags / Kata Kunci: Puteri Anne , Ratu Elizabeth II , Galeria SEB

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan