Malaysia Mahu Pertingkat Hubungan Akrab Dengan China - PM

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 8:28 PM

Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pertingkatkan lagi hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dan China dalam lawatannya ke republik itu bermula Isnin.

Najib berkata lawatan rasmi selama enam hari beliau ke China bukan sahaja akan meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang dua hala malah juga dalam isu-isu serantau dan antarabangsa.

"Tahun lepas, jumlah perdagangan Malaysia dengan Republik Rakyat China meningkat sebanyak RM23.09 bilion dan China terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia sejak 2009," katanya dalam catatan terbaru di akaun Facebook dan Twitter beliau.

Najib pertama kali melakukan lawatan rasmi ke China pada 2009 manakala lawatan kedua pada 2014 bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Lawatan terbaru perdana menteri ke China adalah pada Mac tahun lepas bagi  melakukan lawatan kerja untuk menghadiri Forum Boao bagi Asia (BFA) di Hainan.

Pada lawatan kali ini, Najib akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perutusan Khas Perdana Menteri di China Tan Sri Ong Ka Ting serta beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Kiong.

Menteri lain turut serta dalam rombongan perdana menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Pada lawatan itu, Najib antara lain dijadual menyaksikan pemeteraian lebih  10 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua kerajaan dalam  sektor pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan.

Selain itu, syarikat Malaysia dan China juga akan menandatangani lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, paip gas dan loji penyulingan air, e-perdagangan, pengeluaran panel solar, pembinaan, pelaburan, pembangunan dan kewangan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan