Malaysia Tidak Diskriminasi Laksana Caj Kereta Singapura Masuk Negara

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Kerajaan Malaysia tidak pernah bersifat diskriminasi dalam melaksanakan bayaran caj jalan raya (RC) bagi kereta Singapura yang masuk ke Malaysia kerana ia akan turut dilaksanakan secara berperingkat di kesemua 12 laluan pintu masuk negara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelaksanaan RC bermula 1 Nov itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakan sejawatannya di Singapura.

"Singapura telah mengutip RC berpuluh tahun daripada kita. Kita baru sahaja nak mula.

"Kita tidak diskriminasi. Kita akan buat bukan sahaja di sempadan kita bersebelahan Singapura, tetapi sempadan kita di Thailand, Brunei dan Indonesia.

"Kita akan buat yang sama dengan semua sempadan kita serta kutip RM20 setiap kereta," kata beliau kepada pemberita di sini Sabtu.

Liow berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai Singapura mungkin akan mengenakan caj yang bertepatan kepada kenderaan Malaysia sekiranya mendapati caj yang dikenakan mendiskrimasi kenderaan Singapura.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menerima 25 peratus atau RM5 daripada caj RM20 yang dikenakan ke atas semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing dari Singapura.

"Kerajaan negeri juga akan turut mendapat keuntungan daripada pelaksanaan RC ini," kata beliau ketika mengulas dakwaan pembangkang yang kerajaan negeri akan kerugian dengan pelaksanaan RC itu.

Secara purata 20,000 kenderaan berdaftar Singapura masuk ke Malaysia setiap hari melalui Tambak Johor dan Link Kedua.

Setakat Julai tahun ini, sebanyak 144,000 kenderaan Singapura telah didaftarkan melalui Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Terdahulu, beliau melawat kawasan landasan kereta api dan kawasan sekitar yang dijangka diambil alih sebagai zon penampan untuk landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baru.

Liow turut melawat kawasan penampan yang berdekatan dengan tokong Pertubuhan Penganut Dewa Tai Poh Yah dekat sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: caj jalan raya , Singapura

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan