Vida Beauty Tangguh Taja Kelantan Musim Depan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 11:32 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penaja utama pasukan Kelantan, Vida Beauty Sdn Bhd bersetuju menangguhkan sementara penajaan pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan itu dicapai dalam pertemuan pihaknya dengan pemilik syarikat itu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman baru-baru ini.

"Datuk Seri Vida (Hasmiza) yang mahu menangguhkan sementara penajaan tersebut dan bukan membatalkannya," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Annuar berkata sekiranya syarikat itu mahu menyambung kembali tajaannya pada Liga Malaysia 2018, segala perjanjian dalam kontrak penajaan tersebut masih terpakai.

"KAFA amat berterima kasih kepada syarikat tersebut di atas tajaan yang diberikan sepanjang tahun ini walaupun persatuan terpaksa mencari kaedah lain dalam menampung beberapa kos selepas ini," katanya.

Katanya KAFA sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak penaja dan cuba mengelak daripada berlakunya konflik kerana ia tidak menguntungkan.

Beliau berkata KAFA kini sedang berunding dengan beberapa penaja untuk menaja pasukan Kelantan pada musim akan datang.

Akhbar sebelum ini melaporkan Syarikat Vida Beauty berhasrat untuk tidak menaja pasukan Kelantan pada Liga Malaysia musim depan.

Mengikut perjanjian asal, syarikat itu masih mempunyai kontrak penajaan setahun lagi dengan pasukan berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Vida Beauty , Annuar Musa , Kelantan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan