Sistem Perparitan Tidak Sistematik Punca Banjir Kilat

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 10:28 PM

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyelamatkan tujuh sekeluarga termasuk seorang bayi di Jalan P. Ramlee akibat banjir kilat pada Sabtu. Hujan lebat lebih tiga jam sejak 5 petang, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar George Town terutama di Jalan P. Ramlee, Kampung Melayu Air Itam dan Jalan Masjid Negeri dinaiki air. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri membuat kesimpulan bahawa banjir kilat yang melanda daerah Timur Laut pada Sabtu adalah berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sistematik dan hujan lebat yang berterusan.

JPS dalam laporannya pada Sabtu memaklumkan hujan berterusan selama tiga jam bermula sejak kira-kira 4.30 petang hingga 7.30 malam Sabtu telah menjejaskan kira-kira 300 isi rumah serta menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan utama termasuk Jalan Masjid Negeri, Jalan Thean Teik dan beberapa jalan lain.

JPS juga memaklumkan bahawa lokasi yang terlibat ialah Kampung Dodol, Kampung Makam, Jalan Singgora, Jalan P.Ramlee, Jalan Air Terjun, Jalan Makloom, Jalan Gemas, Jalan Paya Terubong, Jalan Batu Gantung, Jalan Masjid Negeri, Jalan Lumba Kuda, Jalan Thean Teik, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Terengganu.

Kawasan yang terlibat ialah kawasan panas terletak berhampiran sungai.

Hujan juga telah menyebabkan Sungai Pinang, Sungai Jelutong, Sungai Air Itam Sungai Dondang dan Sungai Air Terjun meningkat daripada paras 300mm kepada 1,200 mm sehingga menyebabkan limpahan berlaku.

"Lokasi yang terjejas menerima kadar air hujan yang tinggi menyebabkan air mengalir dengan kadar cepat sehingga menyebabkan kawasan rendah dinaiki air, " menurut kenyataan JPS pada Sabtu.

Sehingga 8.30 malam, tiada pemindahan penduduk dilakukan oleh mana-mana agensi kerajaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan.

JPS juga memaklumkan jabatan berkenaan telah menjalankan pemerhatian berterusan dalam kawasan pembangunan sekitar Paya Terubung kerana ia berisiko kepada kejadian banjir lumpur.

Dalam laporan itu, JPS turut mencadangkan sistem saliran di setiap kampung dinaik taraf untuk mengelakkan kejadian sama berulang dan kerja-kerja perparitan akan dijalankan di sekitar Jalan Lumba Kuda pada 2017 untuk mengurangkan risiko banjir kilat pada masa akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan