Puteri Anne Dijangka Lakukan Lawatan Dua Hari Ke Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 9:56 PM

Puteri Anne.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Puteri kepada Ratu Elizabeth II Britain, Puteri Anne dijangka tiba di sini pada Ahad selama dua hari bagi lawatan sambil belajar ke negeri ini.

Menurut nota nasihat Jabatan Penerangan di sini pada Sabtu, sebaik ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada sebelah tengah hari, beliau akan memulakan lawatan ke pejabat Sarawak Energy Berhad.

Ini akan diikuti dengan lawatan ke pejabat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di bandar raya itu.

Pada sebelah petang, beliau akan melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di sebuah hotel di sini.

Beliau juga akan membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib sebelum menghadiri majlis makan malam meraikan ketibaan baginda yang dihoskan oleh Ketua Menteri di tempat yang sama.

Pada Isnin petang, Puteri Anne, yang juga penaung Association of Emerging Leaders Dialogue (AELD) yang berada di bawah naungan Komanwel, akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan kerajaan negeri untuk semua delegasi AELD.

Dialog anjuran Persatuan Persidangan Pengajian Komanwel Malaysia (Coscam) dan AELD itu bermula semalam di Kuala Lumpur dan akan berakhir pada 1 November.

Dialog yang membabitkan 82 peserta dari 25 negara itu bertemakan Kepimpinan Pembangunan Mampan.

Peserta berpeluang melakukan lawatan sambil belajar ke Lembah Klang, Melaka, Johor, Pahang, Sabah serta Sarawak. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Puteri Anne , Sarawak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan