Netizen Berang Gangguan Air Berterusan Semasa Deepavali - Berita Semasa | mStar

Netizen Berang Gangguan Air Berterusan Semasa Deepavali

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 5:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Netizen di Facebook terutamanya mereka yang menyambut perayaan Deepavali berang dengan gangguan bekalan air dari loji rawatan Sungai Semenyih yang kerap berlaku.

"Ia amat mengecewakan apabila ia berlaku semasa Deepavali. Ia benar-benar teruk," kata pengguna Facebook, Sanjay Naidu.

Sanjay berkata kawasan kediamannya yang terletak di Zon 2 sepatutnya menerima bekalan air pada Jumaat tetapi sehingga hari ini gangguan air masih berterusan.

"Kami terpaksa mendapatkan tong yang lebih besar dan pergi ke tempat mengisi air untuk menambah bekalan air yang semakin berkurangan," katanya.

Sanjay turut mengesahkan beberapa individu turut bermalam di hotel sejak empat hari lalu kerana ketiadaan bekalan air di rumah mereka.

Neelambikai Gunaselan turut menyatakan rasa kecewa kerana Syabas tidak meyedari bahawa hari ini merupakan sambutan Deepavali.

"Ia sama sekali tidak masuk akal, tiada air sama sekali, bagaimana kami harus meraikan perayaan ini," katanya.

Mohana Xythjkg turut berkata: "Waaa tiada air, bagaimana mahu meraikan perayaan Deepavali."

Sementara itu, beberapa netizen juga memberitahu mereka terpaksa menadah air hujan.

"Bekalan air percuma dari langit! Terima kasih Tuhan kerana turunkan hujan." kata Karen Tee.

Suzy Lim turut memberitahu dia tidak memasak sejak tiga hari lalu dan hanya membuat pesanan piza untuk keluarganya.

"Tiada air, jadi kami tidak boleh memasak. Kami juga memerlukan air untuk mengepam air di dalam mangkuk tandas. Ia amat mengecewakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: gangguan bekalan air , Syabas
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan