Lima Modul Hospital Hadapan ATM Tiba Di HSA

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 4:00 PM

Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang lazimnya sibuk tetapi lengang dan sunyi selepas operasi dan perkhidmatannya dihentikan sementara.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Lima modul hospital hadapan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi bagi membantu hospital berkenaan dalam operasinya.

Modul itu akan dijadikan pusat rawatan sementara yang terdiri daripada wad, dewan pembedahan bergerak dan unit perkhidmatan pensterilan atau dekontaminasi (Unit Suchihama).

Tinjauan Bernama di HSA mendapati hujan lebat tidak menjadi penghalang kepada kerja-kerja pemasangan dan penyelarasan unit sementara itu.

Kerja-kerja pemasangan itu turut disaksikan Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM Lt Jen Datuk Dr Abd Razak Md Yusof dan Pengarah Kesihatan Johor Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican yang dibawa melawat tapak meletakkan modul tersebut oleh pihak pengurusan HSA.

Semalam, Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Md Zain mengumumkan bantuan menyediakan 'hospital bergerak' termasuk satu unit dewan pembedahan kepada HSA.

Modul tersebut, yang akan berfungsi sebagai kawalan kerosakan dan menyelamatkan nyawa, ditempatkan berhadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma di bangunan induk hospital tersebut.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: HSA , ATM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan