Tony Fernandes Dipilih CEO Terbaik Syarikat Penerbangan Kali Ketiga Berturut-Turut

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 12:14 PM

Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, Tony Fernandes dipilih sebagai CEO Terbaik Tahunan syarikat penerbangan oleh Centre For Aviation (CAPA), kejayaan  kali ketiga berturut-turut.

Mengulas anugerah itu, Fernandes berkata AirAsia sudah melalui perjalanan yang jauh sejak kali pertama beliau memenangi anugerah itu pada 2004, untuk menjadi syarikat penerbangan ASEAN sepenuhnya.

Beliau berkata menerusi operasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, dan tidak lama lagi di Jepun, syarikat penerbangan itu kini mempunyai lebih 200 pesawat dan 17,000 petugas.

"Kami satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang ke semua 10 negara anggota ASEAN dan menerusi Fly-Thru, kami menghubungkan keseluruhan Asia Pasifik, dari Jepun, Korea dan China ke Australia dan New Zealand ke India dan melepasinya, dengan hanya satu hentian. Kami kini terbang terbang sejauh Mauritius," katanya menerusi satu kenyataan, Jumaat.

Anugerah itu disampaikan kepadanya pada Anugerah Penerbangan CAPA bagi Kecemerlangan 2016 di Amsterdam.

Pengerusi Eksekutif CAPA Peter Harbison berkata anugerah itu diberikan kepada Tony sebagai memperakui kejayaan beliau memacu AirAsia meningkatkan  keuntungan selain meningkatkan unjuran tahun ini selepas tahun 2015.

Beliau berkata anugerah itu juga mengambil kira modal baharu yang dikumpul menerusi terbitan saham baharu, pengembangan operasi di China, pelancaran semula AirAsia Japan yang akan datang serta pembukaan perniagaan pajakan pesawat, yang dijangka dapat menghasilkan lebih banyak modal dan mengurangkan hutang kumpulan.

"AirAsia kembali di hadapan dalam pasaran Asia yang mencabar, dan Tony  sekali lagi menunjukkan beliau antara eksekutif utama dalam industri.

"Operasi yang pada asalnya untuk jarak dekat di Malaysia dan Thailand, sekali lagi menjadikannya antara syarikat penerbangan paling menguntungkan di Asia, manakala Indonesia dan Filipina dijangka kembali mencatat untung pada separuh kedua tahun ini," katanya.

Beliau berkata AirAsia X juga kembali mencatat keuntungan susulan penstrukturan semula.
Tags / Kata Kunci: Tony Fernandes , AirAsia , CAPA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan