SPM Bermula Pada 7 November

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 7 November dan berakhir pada 6 Disember 2016.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata seramai 434,535 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan calon agar merujuk kepada jadual peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Calon-calon juga perlu membawa kad pengenalan ke semua pusat peperiksaan.

Jadual peperiksaan boleh dimuat turun di http://lp.moe.gov.my.
Tags / Kata Kunci: SPM , jadual peperiksaan , SPM 2016

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan