NGO Minta Polis Siasat Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 8:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah berkata tindakan segera perlu diambil kerana Muhyiddin dipercayai telah mendedahkan rahsia kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu didakwa berbuat demikian ketika mengadakan ceramah di Pantai Kamasek, Kijal, Terengganu pada 1 Oktober lepas dan semasa persidangan Dewan Rakyat di Parlimen pada Rabu lepas.

Beliau mendakwa Muhyiddin telah melanggar OSA yang berkaitan dokumen kerajaan diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak boleh didedahkan pihak menteri atau pegawai, kakitangan kerajaan mahupun bekas kakitangan kerajaan.

"Perbuatan beliau dipandang serius dan perlu ditangani segera kerana berbaur hasutan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Azwanddin Hamzah , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan