Khairuddin 'Tinggalkan' Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 8:33 AM

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas lebih sebulan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Menurut Khairuddin, keputusan itu terpaksa dibuat sebagai persediaannya untuk menghadapi beberapa kes di mahkamah.

"Saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk melawan segala bentuk kemungkaran korupsi dan salah laku institusi-institusi kerajaan.

"Segala jemputan dan program ceramah di seluruh negara insyaAllah saya akan hadiri atas kapasiti peribadi dan bukan di atas platform ahli Bersatu (PPBM) lagi," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Awal Ogos lalu mStar Online pernah mengeluarkan kenyataan Khairuddin berhubung pendiriannya untuk tidak menyertai PPBM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden.

Bagaimanapun Khairuddin memaklumkan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai PPBM pada September lalu sebagai tanda sokongan kepada Dr Mahathir yang bertindak sebagai pengerusi parti berkenaan.

"Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat yang berada bersama parti Bersatu dan berharap mereka menggalas tanggungjawab secara beramanah.

"Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti Bersatu tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali meniru budaya serta amalan buruk Umno ke dalam Bersatu," kata Khairuddin lagi.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan