Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSA Ditutup Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 11:53 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang lazimnya sibuk, pagi Jumaat lengang dan sunyi, selepas operasi dan perkhidmatannya dihentikan sementara.

Jabatan tersebut merupakan sebahagian daripada bangunan induk HSA, yang diarahkan tutup sementara secara berperingkat mulai semalam.

"Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah ditutup sehingga diberitahu. Sekiranya ada kecemasan, sila ke klinik atau hospital kerajaan yang berhampiran," menurut satu notis yang ditampal di hadapan jabatan itu.

Wartawan Bernama yang membuat liputan di hospital itu mendapati suasana di perkarangan jabatan itu lengang dan sunyi.

Pada Khamis, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan bangunan induk HSA akan ditutup sementara secara berperingkat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan keselamatan termasuk pendawaian, struktur dan hal berkaitan, yang dijangka mengambil tempoh antara dua dan empat minggu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan