Hospital Swasta Turut Tawar Bantuan Pada HSA

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kesan kejadian dan keadaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) susulan kebakaran di Unit Rawatan Rapi pada Selasa lalu, terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang ingin menghulurkan bantuan.

Bantuan yang disalurkan bukan sahaja berbentuk makanan, minuman dan keperluan asas, tetapi beberapa hospital swasta turut mengambil inisiatif menubuhkan tabung bagi mengumpul derma daripada orang ramai untuk disalurkan kepada HSA.

Antaranya ialah KPJ Johor Specialist Hospital dan KPJ Puteri Specialist Hospital.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Johor Specialist Hospital Norita Ahmad berkata mereka menubuhkan tabung derma kilat sejak hari pertama kejadian dan sehingga ini berjaya menggumpul sebanyak RM10,000.

Daripada jumlah itu, kira-kira RM5,000 disumbangkan oleh kakitangan hospital manakala selebihnya daripada pihak pengurusan.

Norita berkata pihaknya bersedia menyumbang lebih banyak bantuan termasuk peralatan pam infusi pesakit, sekiranya diperlukan HSA.

"Ia tidak menjadi masalah untuk kita berbuat demikian kerana sebelum ini, tiga buah katil dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah pun diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menempatkan pesakit-pesakit HSA," katanya.

Sementara itu, KPJ Puteri Specialist Hospital, setakat ini berjaya mengumpul RM5,000 daripada kakitangan mereka.

Menurut jurucakapnya, pihak hospital itu juga menyediakan dua buah ambulans kepada HSA semasa kejadian bagi memindahkan sebahagian pesakit ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Permai.

Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk membantu HSA, bergantung kepada situasi dan keupayaan yang dimiliki mereka.

"Buat masa ini, tiada pesakit dihantar kepada kami kerana semua katil telah penuh. Namun, kami berusaha menghantar sebanyak 24 air kotak mineral dan empat kakitangan sokongan untuk membantu HSA sejurus kejadian berlaku," kata Pengurus Besar Rahani Yaacob.

Kebakaran di wad ICU Selatan HSA itu mengorbankan enam pesakit manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.

Insiden itu turut mengakibatkan dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi dimasukkan ke HSI untuk rawatan akibat terhidu asap.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan