48 Hospital Usia Lebih 50 Tahun Jalani Audit Keselamatan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 7:20 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 48 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara akan menjalani proses audit keselamatan dalam masa satu hingga dua minggu dari sekarang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Antara hospital berusia lebih 50 tahun dan sedang beroperasi pada masa ini ialah Hospital Batu Gajah yang berusia 136 tahun, Hospital Balik Pulau (136), Hospital Pulau Pinang (81) dan Hospital Perlis (97), katanya.

Menurut Dr Subramaniam, Mesyuarat Kabinet pada Jumaat membincangkan insiden Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan salah satu perkara yang dibincangkan ialah berkaitan penyelenggaraan dan tahap keselamatan di bangunan-bangunan lama kerajaan.

"Jemaah menteri bersetuju supaya JKR (Jabatan Kerja Raya), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi yang lain berbincang dan berkongsi pandangan mengenai langkah yang boleh dibuat bagi menjamin keselamatan bangunan lama," katanya kepada media di kementeriannya di sini, Jumaat.

Menurut Dr Subramaniam, bagi hospital pihak JKR dan JBPM akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan manakala bagi bangunan sekolah pula perbincangan akan melibatkan Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata bangunan baharu mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di bawah seliaan Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar serta Akta Bomba.

"Bangunan lama tidak dapat memiliki sijil kelayakan menduduki kerana dokumen dan pelan bangunannya sudah tidak ada memandangkan kebanyakan dibina ketika zaman British.

"Oleh itu agensi seperti JKR dan JBPM akan memberikan pandangan dan nasihat dari semasa ke semasa mengenai tahap keselamatan bangunan lama tersebut," katanya lagi.

Dr Subramaniam berkata jika pihak JBPM mendapati mana-mana bangunan hospital lama sudah tidak selamat untuk digunakan maka ia tidak akan digunakan lagi.

Ditanya mengenai laporan berhubung kebakaran di HSA yang mengorbankan enam nyawa Selasa lepas, Dr Subramaniam menjelaskan laporannya yang akan siap dalam masa satu hingga dua minggu itu akan dibentang kepada Kabinet.

Tags / Kata Kunci: Dr S. Subramaniam , HSA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan