'Hospital Bergerak' ATM Di HSA Mulai Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 8:46 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tiga modul hospital hadapan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) secara berperingkat mulai Sabtu.

Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jeneral Datuk Dr Abd Razak Md Yusof dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican melawat tapak untuk meletakkan kemudahan itu pada Jumaat.

Terdahulu, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain mengumumkan bantuan untuk menyediakan 'hospital bergerak' termasuk satu unit dewan pembedahan kepada HSA.

Difahamkan modul itu boleh digunakan bagi menjalankan 70 pembedahan kecil dalam tempoh 24 jam.

Modul tersebut akan ditempatkan di tiga lot parkir kereta berhadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma di bangunan induk HSA.

Dalam pada itu, pemilik-pemilik kedai runcit di aras bawah bangunan induk hospital sudah mula memindahkan keluar barangan mereka selepas bangunan itu diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan atas sebab keselamatan.

Tags / Kata Kunci: ATM , HSA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan