Emosi Sebahagian Pesakit HSA Semakin Stabil - Pakar Psikologi

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 2:14 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Menangis tidak berhenti-henti, sentiasa cemas dan memohon dibenarkan pulang ke rumah secepat mungkin, antara pelbagai reaksi sebilangan pesakit Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang trauma selepas insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan pada Selasa.

Bagaimanapun, masuk hari ketiga (Khamis) selepas kejadian yang meragut enam nyawa pesakit di wad kritikal itu, emosi rata-rata pesakit kini semakin pulih, kata seorang pakar psikologi.

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Dr Roslee Ahmad berkata berdasarkan ujian psikologi yang dilakukan, kadar kebimbangan terhadap tahap keselamatan mereka semakin menurun iaitu kepada tahap empat.

"Pada hari kejadian, tahap kebimbangan adalah pada tahap 10 dan ini menunjukkan pesakit bimbang dan trauma dengan keadaan yang menimpa mereka.

"Tahap normal adalah antara 0 hingga 1. Kami berusaha memberi kaunseling supaya mereka semakin tenang dan tidak mengingati kejadian ngeri yang menimpa mereka itu," katanya kepada Bernama.

Dr Roslee yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kaunseling berkata pihaknya telah menjalankan sesi kaunseling kepada enam pesakit termasuk dua anggota keluarga pesakit yang kini berada Wad Ortopedik sejak Rabu.

Pesakit-pesakit berkenaan pada hari kejadian berada di wad berdekatan dengan ICU yang terbakar itu, menurutnya.

"Meskipun mereka bukan pesakit dari bilik ICU yang terbakar, namun mereka turut terkesan dan trauma.

"Keadaan mereka semakin pulih dan kami pantau keadaan mereka dari semasa ke semasa. Syukur perkembangannya adalah positif," katanya. 

Wad Ortopedik adalah wad yang menempatkan pesakit-pesakit yang memerlukan penjagaan sebelum dan selepas pembedahan.

Seramai 15 kauselor iaitu tujuh daripada UTM dan selebihnya HSA sendiri ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada pesakit-pesakit yang trauma akibat insiden itu.

Dalam kebakaran pada Selasa, seramai enam pesakit ICU maut. Seorang lagi pesakit, dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi cedera akibat terhidup asap dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail. 

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata bangunan induk HSA ditutup sementara secara berperingkat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan keselamatan termasuk pendawaian, struktur dan hal berkaitan, yang dijangka mengambil tempoh antara dua dan empat minggu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hospital Sultanah Aminah , HSA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan