Gempar Pesawat "Terhempas" Di Kuching - Berita Semasa | mStar

Gempar Pesawat "Terhempas" Di Kuching

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 4:26 PM

Kepulan asap memenuhi ruang angkasa padang sewaktu 'full aircraft crash exercise' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 27 Oktober 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) 'gempar' apabila sebuah pesawat yang mengalami kerosakan enjin terhempas di landasan, pagi Khamis.

Terdahulu juruterbang pesawat malang itu telah menghubungi pengawal trafik udara memaklumkan pesawat mengalami kerosakan enjin dan meminta untuk melakukan 'pendaratan kecemasan'.

Namun sebaik menghampiri landasan, juruterbang menyedari kelajuan pesawat berkurangan seterusnya menyebabkan pesawat ST666 dari Kuala Lumpur ke Kuching yang membawa 150 penumpang itu terhempas.

Tragedi itu menyebabkan pelbagai agensi dikerah menjalankan operasi menyelamat.

Adegan cemas itu merupakan sebahagian daripada senario yang digambarkan dalam latihan kecemasan pesawat terhempas selama 4 jam hari ini untuk menguji tahap persediaan dan kecekapan petugas di KIA.

Pengurus Kanan KIA, Mohd Nadzim Hashim berkata simulasi berskala penuh setiap dua tahun sekali itu merupakan tuntutan oleh setiap lapangan terbang antarabangsa bagi memenuhi kehendak pematuhan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Katanya KIA turut mengadakan 'particial exercise' dan 'table talk exercise' melibatkan semua agensi pada tahun simulasi berskala penuh tidak diadakan.

"Dalam sebarang situasi, pasukan menyelamat perlu sampai dalam tempoh tiga minit ke lokasi kejadian. (Sehubungan) itu adalah penting untuk kami merancang dan membuat latihan senario itu untuk memastikan tindak balas yang cekap dan berkesan," katanya dalam taklimat kepada media.

Anjuran Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) dan diketuai Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang, latihan itu melibatkan 800 peserta dari pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Kementerian Pengangkutan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan