Siasat Dakwaan HSA Tiada Sijil Perakuan Bomba

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 7:58 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan kononnya Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan pihak hospital dan bomba mengenai status bangunan asal HSA, yang dibina sejak 1938.

"Hospital ini dibina pada abad ke-19 dan pada ketika itu, mungkin tiada keperluan untuk FC.

"(Bagaimanapun), setiap kali kita buat perubahan atau pertambahan perkhidmatan, kita akan pastikan alat-alat keselamatan dan pencegahan kebakaran itu ada," kata beliau kepada pemberita di HSA selepas melawat HSA, susulan kebakaran yang mengorbankan enam nyawa pesakit dan mencederakan empat orang termasuk tiga petugas HSA.

Dr Subramaniam berkata hospital itu telah melalui banyak kerja menaik taraf termasuk pembinaan blok-blok bangunan baharu dan menjalani pemeriksaan serta kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan