Pelajar Tingkatan 3 Hilang Sejak 12 Hari Lalu

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 11:55 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pelajar lelaki dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah sejak 12 hari lalu, kata Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohd Nasri Omar.

Beliau berkata pelajar berkenaan S. Jivinrao, 16, keluar dari rumahnya di Laluan Sri Pengkalan 21, Bandar Sri Pengkalan Pusing di sini pada 16 Okt lalu kira-kira pukul 9 malam.

Nasri berkata ibu mangsa, A. Sathiabama memaklumkan anaknya keluar rumah untuk tidur di rumah kawannya di Buntong dengan menaiki motosikal jenis EX5 dengan nombor pendaftaran AEY9312, tetapi tidak balik sehingga 20 Okt lalu.

"Pada tarikh sama ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah dan sehingga kini pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong itu belum pulang ke rumah," katannya dalam satu kenyataan di sini, Khamis malam.

Menurut Nasri ibu mangsa telah mencari pelajar itu di rumah kawan dan saudara tetapi gagal menemui anaknya itu.

Ketika keluar rumah, remaja berkenaan keluar dengan memakai kameja T dan berseluar pendek selain dipercayai membawa membawa beberapa helai baju dan seluar.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan