Gangguan Bekalan Air Di N.Sembilan

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pengguna di beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 1 dan 2 November ini berikutan kerja-kerja pemasangan tee, pencucian kolam dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dan LRA Jelai.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dalam kenyataan, memaklumkan gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban dan Rembau adalah selama 24 jam mulai 8 pagi (1 November), manakala di Kuala Pilah dan Jempol juga selama 24 jam mulai 9 pagi (1 November).

"Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Di Port Dickson antara kawasan terlibat ialah dari Escort Estet, Kampung (Kg) Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, kawasan Taman (Tmn) Sirusa Jaya Batu (Bt) 6, Jalan (Jln) Pantai, seluruh kawasan Bt 5 Jln Pantai, kem-kem tentera Bt 5 Jln Pantai, kem-kem tentera Bt 4 Jln Pantai, Kg Baru Sirusa, Jln Sua Betong, Tmn Desa PD, Kg Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.

Serta seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Spring Hill, kawasan Bt 6 Jln Seremban dan Bt 7 Jln Seremban sehingga kawasan simpang Siliau.

Di Seremban antara kawasan terlibat ialah Tmn Pinggiran Senawang, Kg Ulu Rantau, Sekolah Datuk Abdul Razak, RTM, Tmn Permata, Ladang Batu 11, Ladang Kombok, Tmn Ulu Lalang, Kg Solok, Kg Ribu, Kg Sega Ulu, Kg Sega Hilir, Tmn Rantau, Jln Air Kuning, Tmn Permata dan Nusari Bayu.

Di Rembau antara kawasan terlibat ialah Tmn Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Chembong, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kg Pedas Batu 4 (kanan  and  kiri), Tmn Pinggiran Pedas, Kg Minching Baru, Sg Ibor Batu 3, Kg Minching Lama, Tmn Pedas Indah dan Institut Latihan Perindustrian Pedas.

Di Kuala Pilah membabitkan kawasan antaranya ialah Kg Pelangai, Kg Sungkak, Kg Sg Dua, Kg Kuala Jemapoh, Kg Beting, Kg Seri Jemapoh, Kg Kuala Gentam, Pejabat Daerah Kuala Pilah, Kg Jemapoh, Kg Desa Jemapoh, Kg Mara Parit Tinggi dan Kg Desa Parit Tinggi.

Di Jempol, ia melibatkan sebahagian Rompin, Rumah Rakyat Rompin, Kg Orang Asli Batu Peti dan NS Cement.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: LRA , gangguan bekalan air

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan