Taman Tema Bukit Merah Dibuka Semula

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 2:33 PM

Taman Tema Bukit Merah dibuka semula pada 26 Oktober 2016 dan menawarkan promosi tiket sehingga 3 November 2016. - GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

TAIPING:Taman Tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dibuka semula pada Rabu setelah ditutup sejak 28 September lalu berikutan kes jangkitan gastroentritis akut (AGE) dan Rotavirus.

Pengurus Besar BMLR Kamal Hussein berkata pihaknya telah melakukan pelbagai kerja pembersihan, penambahbaikan paip dan sistem penapisan di semua kolam sepanjang penutupan operasi.

Katanya semua kolam di taman tema resort itu telah diganti dengan air baharu dan pihak pengurusan turut menambah baik sistem penapisan serta penyelaras pam.

"Selain itu, kami juga sentiasa melaksanakan penyelenggaraan berkala seperti proses pengklorinan air iaitu empat kali sehari dan merekodkan bacaan tahap klorin," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya sepanjang penutupan operasi dan siasatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, pihak BMLR telah memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan dan mengikut semua arahan ditetapkan.

"Sampel air telah diambil di tujuh lokasi dalam taman tema air bagi memastikan taman itu selamat dikunjungi dan bebas daripada wabak," katanya.

Kamal berkata pembukaan semula operasi taman tema itu turut disertakan dengan tarikan baharu kepada pengunjung iaitu Gelembung Besar Gergasi.

Selain itu turut ditawarkan promosi tiket mulai hari ini hingga 3 November ini iaitu pada harga RM18 berbanding RM38 untuk dewasa dan RM22 bagi kanak-kanak sebelum ini.

Sebanyak 70 kes AGE dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak dengan 54 daripadanya positif Rotavirus selepas penghidapnya dikesan mengunjungi taman tema itu pada 24 September lepas. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Taman Tema Bukit Merah , Rotavirus

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan