PM Bidas Pihak Putar Belit Fakta Ekonomi Negara

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 9:09 PM

Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menggesa pihak-pihak yang gemar memutarbelitkan fakta mengenai ekonomi negara supaya menghentikan politik berasaskan fitnah.

Katanya agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings telah mengekalkan penarafan Malaysia di tahap A- berikutan kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang stabil.

"Ini bukti daya tahan ekonomi negara dan keupayaan kerajaan #Bajet2017. Fitch setuju hutang negara terkawal bawah 55 peratus dan kita mampu capai sasaran defisit fiskal.

"Hentikanlah politik berasaskan fitnah. Rakyat boleh menilai," katanya dalam catatan di laman Twitter.


Jumaat lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat yang mencadangkan peruntukan RM260.8 bilion - RM214.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM46 bilion untuk belanja pembangunan.

Menurut kenyataan akhbar Fitch Ratings semalam, bajet persekutuan Malaysia menunjukkan akan lebih menstabilkan pembiayaan awam, disebalik penurunan pendapatan dari sektor minyak dan gas.

"Fitch menjangkan defisit 2016 pada kadar 3.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi berpendapat sasaran 2017 mampu dicapai.

"Kami berpendapatan tidak mungkin sasaran itu akan tersasar menerusi langkah  mencukupi untuk menaikkan hutang awam di atas siling yang ditetapkan sendiri iaitu 55 peratus daripada KDNK. Fitch menganggarkan hutang kerajaan persekutuan akan kekal di bawah 54 peratus KDNK pada akhir 2016," menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Fitch Ratings , ekonomi negara , Bajet 2017

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan