Melaka Nafi Beku, Tamat Pinjaman Tapem

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan negeri menafikan pembekuan atau penamatan sepenuhnya pinjaman di bawah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) bagi pelajar dalam bidang Pengajian Islam di Mesir, persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Md Yunos Husin berkata penamatan pinjaman Tapem hanya melibatkan pelajar baharu bagi jurusan Pengajian Islam, manakala pelajar lama dalam jurusan sama akan terus mendapat pinjaman sehingga tamat pengajian.

"Cuma mulai tahun ini, pinjaman Tapem hanya diberikan kepada pelajar baharu yang melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Pergigian.

"Namun ia bukan bermakna kita mengabaikan pelajar yang ingin mengikuti pengajian dalam bidang Pengajian Islam tetapi mereka perlu melanjutkan pelajaran di universiti selain Mesir seperti di Jordan, Maghribi, Turki, Indonesia dan Madinah," katanya ketika menjawab soalan lisan Dr Md Khalid Kassim (PAS-Bukit Baru) yang bertanya mengenai status pembekuan pinjaman Tapem bagi pelajar aliran agama di Mesir.

Beliau berkata penamatan pinjaman terhadap pelajar baharu disebabkan antaranya sistem pengajian di universiti selain Mesir lebih sistematik dan  cemerlang pada setiap semester.

Md Yunos berkata kelonggaran bagi pelajar jurusan tersebut di Mesir membuat penangguhan dengan mudah menyebabkan pelajar tidak tamat pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan sehingga tempoh pinjaman turut terganggu.

Katanya pelajar dalam jurusan berkenaan di negara tersebut juga banyak terpengaruh dengan ideologi kurang sihat sehingga menjejaskan tumpuan mereka terhadap pengajian dan seterusnya tidak berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

"Pelajar Pengajian Islam di negara itu juga enggan menyertai pertubuhan yang dibentuk dan direstui kerajaan negeri Melaka iaitu Ikatan Mahasiswa Anak Melaka sebaliknya mereka menubuhkan persatuan sendiri yang tidak diiktiraf seperti Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir," katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod, sebanyak 22 pelajar jurusan tersebut masih gagal menamatkan pengajian mereka sehingga tahun lepas dengan jumlah pinjaman sebanyak RM396,000 dan ia menjejaskan peluang pelajar baharu untuk mendapat pinjaman Tapem.

Dalam pada itu, katanya sebanyak RM8.98 juta peruntukan melibatkan pinjaman dan dermasiswa kepada 479 pelajar jurusan Pengajian Islam di Mesir telah disalurkan kerajaan negeri Melaka dalam tempoh 16 tahun bermula 2000.

"Kita juga tidak pernah menafikan hak pinjaman bagi pelajar yang mengikuti jurusan Pengajian Islam di universiti tempatan dengan memperuntukkan sejumlah RM7.55 juta pinjaman pendidikan kepada 666 pelajar," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Melaka , Tapem

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan