Kenyataan Shafie Tidak Berasaskan Fakta Tepat

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 11:08 PM

Datuk Abdul Rahman Dahlan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kononnya kerajaan telah menjual 60 peratus pegangan ekuiti dalam projek Bandar Malaysia kepada China adalah tidak berasaskan fakta yang tepat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata sebaliknya kerajaan dan rakyat Malaysia memiliki 76 peratus daripada jumlah keseluruhan pegangan ekuiti projek itu.

Beliau berkata Kementerian Kewangan mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 40 peratus dalam Bandar Malaysia.

"Dalam 60 peratus lagi, 36 peratus daripadanya dimiliki Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan 24 peratus dijual kepada China Railways.

"Maka 40 peratus (dipegang Kementerian Kewangan) bila dicampur 36 peratus yang dipegang oleh IWH, bermakna jumlah pegangan sebenar kerajaan atau rakyat Malaysia ialah 76 peratus," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

IWH merupakan sebuah syarikat perkongsian awam-swasta (PPP) dengan kerajaan negeri Johor menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), yang memiliki 40 peratus pegangan dalam syarikat itu manakala 60 peratus dimiliki oleh Credence Resource Sdn Bhd.

Semalam, Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam persidangan Dewan Rakyat membangkitkan dakwaan bahawa kerajaan telah menjual Bandar Malaysia kepada pelabur-pelabur dari China sebanyak 60 peratus selain menuntut penjelasan mengenai perkara itu.

Abdul Rahman mendakwa kenyataan Mohd Shafie itu seolah-olah mahu mengaburi rakyat negara ini.

Beliau turut mempertikai kenyataan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengenai tunggakan bayaran hasil penjualan kepentingan Bandar Malaysia kepada syarikat China yang akan diperoleh pada tahun 2020.

"Saya fikir rundingan oleh Kementerian Kewangan di mana beliau menjadi menteri pada waktu itu...persetujuan dibuat pada keadaan semasa, tidak bermakna bahawa dibayar pada 2020 itu, persetujuan itu bukan urus niaga yang baik"," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan