Percikan Api Soket Punca Kebakaran Kedua HSA

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kebakaran kedua yang dilaporkan pada Rabu di Hospital Sultanah Aminah berpunca akibat percikan api yang tercetus selepas soket di dewan bedah terkena air.

Insiden yang menyebabkan kepulan asap di dewan bedah itu memaksa kakitangan dan pesakit dipindahkan.

Kakitangan di hospital itu berjaya menghalang api daripada merebak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata polis terpaksa menutup bahagian tertentu di bangunan utama sejak Selasa apabila kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) meragut enam nyawa.

"Percikan api berlaku kira-kira 1.50 petang apabila air dari kerja pembersihan di aras dua terkena soket di bilik bedah yang terletak di aras satu.

"Percikan itu menyebabkan asap keluar tetapi tiada kecederaan dilaporkan akibat tindakan pantas kakitangan hospital terbabit," katanya kepada pemberita.

Sulaiman berkata dewan bedah tersebut dalam proses pengubahsuaian.

"Kami menutup bangunan utama selama 24 jam atas sebab-sebab keselamatan," katanya.

Kebanyakan kakitangan hospital yang memakai pakaian seragam biru dilihat bergegas keluar meninggalkan wad kecemasan dan trauma bersama pesakit.

Menurut seorang sukarelawan, asap dilihat keluar dari dewan bedah yang terletak di aras satu bangunan tersebut.

Sebuah jentera bomba dilihat memasuki perkarangan hospital.

Kakitangan hospital, pesakit dan orang ramai diminta untuk mengosongkan kawasan tersebut.


Tags / Kata Kunci: kebakaran , HSA , soket , percikan api

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan