WHB Enviro Hunt 2016 Pupuk Kesedaran Alam Sekitar

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sempena Minggu Alam Sekitar peringkat kebangsaan, lebih 200 menyertai acara Enviro Hunt 2016 yang berlangsung di Taman Botani Kepong, dekat sini, baru-baru ini.

Acara anjuran Kumpulan Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) itu bagi usaha memastikan alam sekitar berada dalam keadaan baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, pihaknya berpuas hati kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Selain peserta, acara itu turut dimeriahkan dengan penyertaan pengurusan tertinggi dan kakitangan Worldwide Holdings.

"Peserta bukan sahaja diuji dari segi tahap kecerdasan minda, malahan melibatkan ketahanan fizika," katanya.

Norazlina berkata, lokasi acara itu sesuai kerana ia dapat memupuk kecintaan masyarakat terhadap kehijauan alam semulajadi, menyayangi dan menghargai bumi.

Program dengan kerjasama anak syarikat, Worldwide Landfills Sdn Bhd ini melibatkan perjalanan sejauh empat  kilometer yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka dan tertutup.

Ia berlangsung selama empat jam termasuk dimeriahkan dengan acara sampingan lain seperti senamerobik, berbasikal dan sesi soal jawab.

 

Tags / Kata Kunci: Enviro Hunt , Kepong , Worldwide Holding Bhd

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan