MH17: Dua Opsyen Pendakwaan Dikenal Pasti

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan negara-negara anggota Pasukan Penyiasat Bersama(JIT) sedang meneruskan perbincangan untuk mengenal pasti opsyen pendakwaan bagi menuntut keadilan berhubung pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata opsyen itu adalah pendakwaan di peringkat nasional oleh satu daripada negara anggota JIT atau pendakwaan suatu tribunal antarabangsa yang diwujudkan khas oleh negara anggota JIT.

"Bagaimanapun, keputusan antara kedua-dua opsyen tersebut adalah bergantung kepada hasil siasatan jenayah kelak," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai kaedah yang diambil kerajaan dalam menuntut keadilan terhadap kes itu.

MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014 hingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH17 , Ab Aziz Kaprawi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan