Doktor Bantu Keluarkan Pesakit Terperangkap Di Wad ICU

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 9:29 AM

Dr Narendra antara empat doktor yang membantu mengeluarkan pesakit yang terperangkap di wad ICU dalam kebakaran di HSA, Johor Baru pada pagi Selasa. foto NORBAITI PHAHARORADZI/The Star

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pakar bedah am, Dr Narendra Balasekaran berada di aras empat Hospital Sultanah Aminah (HSA) bersama pasukan perubatannya kira-kira pukul 9 pagi apabila terdengar sistem penggera berbunyi.

Berlaku kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang terletak di aras dua.

Dr Narendra bergegas ke sana dan melihat kakitangannya memindahkan pesakit dari wad pembedahan bersebelahan ICU.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan terdapat tujuh pesakit terperangkap di dalam wad ICU," katanya.

Menyedari asap tebal menyelubungi kawasan ICU yang terbakar, dia dan tiga doktor lain membuat keputusan untuk masuk ke dalam bagi membantu mangsa terperangkap.

"Saya mengambil selimut dan membasahinya dengan air sebelum masuk ke dalam wad yang gelap dan dipenuhi asap," katanya.

Sebaik mereka mendekati pesakit pertama, seorang wanita, mereka menarik katil dan menolaknya keluar.

"Katil itu amat panas dan saya perlu membalut bahagian besi dengan tuala saya," katanya.

Dr Narendra berkata mereka kemudiannya memutuskan untuk membantu pesakit lain dan pada masa sama melihat di sekeliling sekiranya ada lagi mangsa yang masih terperangkap.

"Dengan bantuan anggota bomba, kesemua enam pesakit berjaya dibawa keluar," katanya.

Jururawat membantu memindahkan pesakit susulan kebakaran di wad ICU HSA.

Beliau berkata beberapa mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas kerana terhidu asap tebal.

Beberapa doktor lain yang turut bersama dengan beliau adalah Dr Shah Jahan, Dr Rishi Haran dan Dr Ashok Kannan.

Dr Narendra berkata mereka berjaya mendapatkan beberapa topeng gas sebelum masuk ke dalam wad yang terbakar.

"Kami sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit," katanya.

Dr Narendra berkata beliau kecewa kerana timbul spekulasi di media sosial bahawa doktor dan kakitangan perubatan meninggal dunia dalam kebakaran itu.

"Kami melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit kami dan semua kakitangan perubatan dan jururawat sudah melakukan yang sepatutnya dan mengikut prosedur pemindahan," katanya.

Dr Narendra mendedahkan beliau mengalami luka ringan akibat terkena api.

Beliau menyifatkan tragedi itu pengalaman paling menakutkan sepanjang kariernya selama 10 tahun bergelar doktor.

Sementara itu, seorang jururawat Nur Jahan Idayu, 26, yang baharu sahaja mula sesi bertugas sedang menyiapkan peralatan untuk pembedahan di bilik bedah aras dua ketika rakan sekerja meluru masuk dan memaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

"Semua barang terjatuh dan kami bergegas keluar. Pada waktu itu, lif masih lagi berfungsi. Pesakit yang menggunakan peralatan berat dibawa keluar terlebih dahulu manakala pesakit yang boleh berjalan turun menggunakan tangga," katanya.

Nur Idayu yang berkhidmat di hospital tersebut sejak tiga tahun lalu berkata mereka sudah sedaya upaya memindahkan semua pesakit.






Tags / Kata Kunci: kebakaran , HSA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan