Kebakaran Di ICU, HSA: Wad Alternatif Diperlukan Untuk Pesakit

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 2:20 PM

Ayub Rahmat.

(Ubah saiz teks)

BANDUNG: Wad alternatif perlu diuruskan untuk pesakit yang dipindahkan susulan kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Baru, pagi Selasa, kata seorang ahli exco kerajaan Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat menyatakan rasa simpati terhadap enam mangsa yang maut dalam kebakaran itu.

Malah beliau berkata keperluan pesakit yang dipindahkan kini menjadi keutamaan.

"Kami akan membiarkan Bomba dan polis menyiasat punca kebakaran dan kami sedang meneliti kaedah untuk menempatkan mangsa kerana Hospital Sultan Ismail (berhampiran) turut dipenuhi pesakit.

"Kami turut bersimpati terhadap keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban. Kami akan memanjangkan bantuan kepada mereka dalam apa jua cara sekali pun," kata Ayub yang menghadiri mesyuarat tahunan Low Carbon Asia Network (LoCARnet) di sini.

Beliau turut merayu kepada hospital swasta untuk menerima pesakit terutamanya mereka yang berada dalam keadaan kritikal dan wanita bersalin.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan kebakaran berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU), menyebabkan enam mangsa meninggal dunia dalam insiden itu.

Tags / Kata Kunci: wad alternatif , ICU , HSA , kebakaran

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan