VIP Tidak Akan Terlepas Tindakan Undang-Undang - Zahid

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 12:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang berpengaruh atau kenamaan (VIP) yang menaungi organiasai haram dan kumpulan yang terlibat dalam kegiatan tidak sah tidak akan dilindungi undang-undang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan terutama agensi penguatkuasa tidak pilih warna atau bulu apabila ia melibatkan usaha menangani kegiatan haram.

"Jika ada pihak di Dewan Rakyat yang menjadi penaung pertubuhan seumpama itu, bersiap sedialah untuk berdepan kemungkinan dengan undang-undang negara," katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) di Parlimen, Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau sedia maklum adanya pihak yang beroperasi di sebalik pertubuhan berasaskan agama.

"Kerajaan tidak akan berkompromi, tindakan akan diambil.

"Saya berjanji, selagi saya mengetuai Kementerian Dalam Negeri, saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat," katanya sambil disambut tepukan wakil rakyat dalam sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, 49 kumpulan didapati beroperasi secara haram dan tindakan telah diambil terhadap mereka.

Menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PAS-Bukti Gantang), Ahmad Zahid berkata, kementeriannya akan terus memantau semua pihak termasuk persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan.

"Mereka bukan sahaja terikat dengan Akta Pertubuhan tetapi melalui perundangan negara ini secara keseluruhannya. Jika melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang, tindakan akan diambil.

"Apabila tindakan diambil, jangan pula menuduh kerajaan berlaku kejam pula kerana kumpulan haram ini bertindak kejam terhadap rakyat negara ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: VIP , Ahmad Zahid Hamidi , Dewan Rakyat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan