Insiden Tikus Atas Roti: Komugi Bakery Malaysia Mohon Maaf

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah francais kedai roti memohon maaf di atas 'insiden malang' apabila seorang pelanggan terlihat seekor tikus di atas dulang roti yang baharu dibakar di kedai tersebut yang terletak di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Komugi Bakery Malaysia berkata kelibat tikus adalah 'isu yang diketahui' di pusat membeli-belah itu, lokasi insiden dilaporkan berlaku.

"Kami cuba menyelesaikan isu itu untuk beberapa kali," kata Komugi Malaysia yang mengulas mengenai insiden itu di laman Facebook.

Komugi berkata ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk memastikan semua cawangan dan produknya tidak terjejas dengan 'isu haiwan perosak' di pusat membeli-belah itu.

"Kami harap ia tidak menghalang anda daripada menyokong jenama kami," katanya.

Gambar tikus di atas dulang roti yang baharu dibakar menjadi viral selepas pengguna Facebook, Melon Roux memuat naik gambar itu pada Ahad lalu.

Dia tidak menyatakan nama cawangan kedai roti itu tetapi logo kedai tersebut jelas kelihatan di dalam gambar tersebut.

Wanita itu mendakwa dia terkejut dengan kehadiran tikus tersebut.

"Saya pulangkan semua pastri di dalam dulang dan maklumkan kepada kakitangan kedai di situ mengenai perkara tersebut. Mudah-mudahan mereka lebih berhati-hati pada masa akan datang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Komugi Bakery Malaysia , tikus , roti

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan