Siasatan Terperinci Dilakukan Kenal Pasti Punca Kebakaran - PM

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 2:53 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan akan melakukan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Baru pada Selasa, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tahap keselamatan di hospital terbabit turut dipertingkat.

"Kerajaan akan lakukan siasatan terperinci secepat mungkin untuk kenal pasti punca kebakaran dan tingkat tahap keselamatan," katanya menerusi Twitter.

Pada masa sama, Najib turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.

Katanya, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis sedang menguruskan keadaan di hospital tersebut.

Enam pesakit maut dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit.

Terdapat kira-kira 193 kakitangan dan 294 pesakit di hospital itu semasa kejadian.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , kebakaran , HSA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan