Naib Canselor MSU, KP Ikim Antara Penerima Darjah PJN

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 2:39 PM

Dr Azizan Baharuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Canselor Management and Science University Puan Sri Prof Dr Junainah Abd Hamid dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Dr Azizan Baharuddin merupakan antara penerima anugerah darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Kedua-dua mereka menerima darjah kebesaran itu dalam istiadat pengurniaan di Istana Negara di sini, hari ini bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ia menyaksikan 299 individu menerima pelbagai Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016 ber sempena hari keputeraan itu yang disambut pada 4 Jun lepas.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat itu.

Penerima lain PJN ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Meradong, Sarawak, Datuk Ding Kuong Hiing; Pengarah Unit Khas Strategik Jabatan Perdana Menteri Datuk Roslan Abd Rahman dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Amalena Sharmila Johan Thambu.

Yang lain ialah Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Datuk Kapten Sharuddin Omar; bekas Presiden Dong Zong, Quek Chee Hiang @Quek Suan Hiang; Setiausaha Eksekutif Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Awang Bujang Awang Antek dan doktor perubatan, Datuk G. Leelavathi.

Pada istiadat sama, Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada lapan penerima termasuk Deputi Komisioner Polis, Datuk Mohd Zakaria Ahmad; Laksamana Pertama (Maritim) dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontijen Polis Sabah Datuk Rorete Anak Sagon.

Sementara itu, 38 penerima dikurniakan darjah Kesatria Mangku Negara (KMN), 85 individu dikurnia Ahli Mangku Negara (AMN) dan 159 lagi dikurnia Pingat Pangkuan Negara (PPN). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: penerima darjah PJN , Datuk

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan