Nazir Razak Dilantik Pengerusi Pertama Majlis Perniagaan Asean WEF

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 8:28 PM

Datuk Seri Nazir Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, dilantik sebagai Pengerusi pertama Majlis Perniagaan Serantau (RBC) ASEAN bagi Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, CIMB berkata RBC yang dilancarkan pada  mesyuarat Wilayah Mekong WEF di Hanoi, hari ini, merangkumi 25 perniagaan ASEAN dan 30 syarikat global.

Kesemua 55 pemimpin syarikat utama itu saling bekerjasama menggalakkan usaha sama awam-swasta membabitkan isu penting dihadapi negara-negara Asia Tenggara.

Tumpuan itu membabitkan bidang seperti pembangunan infrastruktur, menggalakkan perdagangan rentas sempadan dan pelaburan di ASEAN, membangunkan ekonomi digital, meneliti masa depan pekerjaan dan industri di rantau ini serta memperjuangkan prinsip pertumbuhan secara inklusif, kata kenyataan itu.

Jawatankuasa Penyelaras RBC itu dianggotai beberapa pemimpin korporat terkemuka antaranya James Riady (Lippo Group), Patrick Walujo (Northstar), Don Lam (VinaCapital), Tan Sri Azman Mokhtar (Khazanah Nasional), Tan Sri Tony Fernandes (AirAsia), Jaime Zobel Ayala (Ayala Corp), Tevin Vongvanich (PTT) dan  Tessie Sy-Coson (SM Investments).

Sementara itu mengulas pelantikannya, Nazir berkongsi rasa terharu dan berbesar hati dilantik sebagai Pengerusi pertama RBC ASEAN bagi WEF.

"Menerusi kerjasama dengan rakan anggota jawatankuasa lainnya, RBC akan berusaha sebaik mungkin mempertingkatkan pakatan awam-swasta bagi melonjakkan perkembangan sosioekonomi ASEAN.

"Ini memandangkan kebanyakan cabaran besar ASEAN dapat diatasi menerusi kaedah kerjasama antara perniagaan dan kerajaan berkaitan," katanya.

Menurut CIMB, antara inisiatif pertama yang akan dilancarkan oleh RBC pada 2017 adalah prgram infrastruktur strategik bagi mempromosikan konsep 'gabungan kewangan' membabitkan modal awam serta swasta.

Projek keutamaan lainnya adalah galakan perusahaan kecil dan sederhana bagi membantu mereka berkembang kepada skala serantau serta muncul sebagai generasi korporat peringkat ASEAN yang seterusnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan