Kongsi Maklumat Keselamatan, Tangkis Ancaman Terhadap Penerbangan - Tiong Lai

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 6:36 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa anggota komuniti penerbangan antarabangsa supaya saling berkongsi maklumat berkaitan keselamatan untuk menumpaskan sebarang kemungkinan ancaman terhadap penerbangan dan lapangan terbang.

Beliau berkata adalah penting bagi negara dan agensi terbabit berganding bahu dalam memberi penekanan kepada mekanisme berkenaan untuk menangkis risiko seperti itu.

Berikutan peningkatan dalam ancaman keganasan dan siber, beliau berkata keselamatan adalah perkara yang perlu diberi keutamaan.

"Saya sesungguhnya percaya bahawa dengan bekerjasama sebagai sebuah pertubuhan yang kolektif, ia akan membantu memastikan dan mempertingkatkan keselamatan penumpang udara di seluruh dunia," kata Liow kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Sedunia Mengenai Keselamatan Penerbangan (AVSEC) ke-25 di sini Selasa.

Lebih 400 pakar keselamatan menyertai AVSEC tahun ini, termasuk daripada pengurusan penerbangan dan lapangan terbang, konsultan keselamatan penerbangan, anggota keselamatan selain wakil daripada agensi dan badan kerajaan seluruh dunia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan