Kebakaran Dipercayai Bermula Di Bilik Rawatan ICU

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 8:43 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kebakaran yang mengorbankan enam nyawa di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Selasa dipercayai bermula di bilik rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum merebak ke seluruh unit berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kebakaran dipercayai sukar dikawal kerana kehadiran alat bantuan pernafasan mengandungi gas oksigen yang digunakan pesakit di wad ICU, menyebabkan api merebak terlalu cepat.

"Usaha menyelamat kesemua pesakit telah dilakukan. Namun disebabkan api merebak terlalu cepat, ada staf yang bertugas mengalami kesukaran bernafas dan ada yang pengsan disebabkan asap tebal," katanya dalam sidang media, di sini Selasa.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan menunggu laporan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum mengambil tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam kenyataan mengenai kebakaran di tingkat dua itu, beliau berkata kementerian akan menjalankan siasatan rapi bagi mengetahui punca sebenar tragedi itu dengan melantik sebuah jawatankuasa khas dianggotai agensi berkaitan dan pakar-pakar.

"Kami dimaklumkan keadaan api yang merebak dengan cepat dan kepulan asap tebal telah menyukarkan usaha menyelamat," kata menteri itu.

Enam yang terkorban dalam kebakaran yang berlaku sebelum 9 pagi hari ini merupakan pesakit di ICU. Pesakit ketujuh sempat diselamatkan.

Pada sidang media itu, Dr Subramaniam berharap semua waris dan anggota keluarga mangsa tabah dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.

Pada masa sama, beliau telah mengarahkan kakitangan hospital supaya memberi apa juga bantuan diperlukan keluarga mangsa terlibat.

"Sebagai institusi yang menyediakan rawatan kepada pesakit, sudah tentu kami sangat bersedih dengan kejadian ini. Kami meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca kebakaran," katanya.

Ditanya sama ada pemeriksaan prosedur keselamatan pernah dilakukan terhadap hospital itu, Dr Subramaniam berkata ia sentiasa dilakukan, malah di kementerian sendiri wujud skuad khas untuk memantau perkara berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan