Pencemaran Sg Buah: Air Beracun

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 9:06 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ada seseorang yang membuang pelarut toksik di tebing Sg Buah dekat Lebuhraya Elite dekat sini menyebabkan air mengalir ke Sg Semenyih membahayakan.

Pihak berkuasa kini bertungkus lumus membersihkan sisa buangan itu dengan membina benteng di seberang sungai bagi menghentikan air dari mengalir ke Sg Semenyih dan mengeluarkan semula air yang tercemar ke tempat lain.

Benteng setinggi 20 meter telah dibina merentasi Sg Buah ketika pihak berkuasa berusaha memulihkan bekalan air bersih kepada ratusan ribu pengguna di empat daerah di Selangor.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata walaupun pihak berkuasa masih belum menahan dalang di sebalik insiden itu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menjumpai sisa pelarut di tiga tempat di sungai tersebut merentasi sempadan ke Negeri Sembilan.

Pelarut itu amat bertoksik sehingga rumput hijau di tebing sungai menjadi hangus.

"Kami tiada pilihan lain tetapi menghalang Sg Buah dari mengalir ke Sg Semenyih untuk memulakan semula rawatan air. Keutamaan kami sekarang adalah untuk memastikan 320,000 pengguna mendapat bekalan air secepat mungkin," katanya selepas meninjau operasi pembersihan.

Mereka yang terjejas melibatkan pengguna di daerah Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Petaling.

Selain Luas, beberapa agensi lain termasuk Majlis Perbandaran Sepang dan Kajang, Jabatan Pengairan dan Saliran, Indah Water Konsortium terlibat dalam operasi pembersihan tersebut.

Selepas benteng dibina, pam dibawa masuk untuk mengeluarkan air berbau busuk dari Sungai Buah ke dalam tangki.

Air itu kemudiannya dibawa keluar menggunakan lori dan disimpan di kolam berdekatan.

Azmin berkata kakitangan Luas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan bau busuk kira-kira pukul 7.30 pagi Ahad.

"Ketika menjalankan pemeriksaan, mereka mendapati bau busuk itu semakin teruk berhampiran bahagian sungai di arah utara Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan," katanya.

Kira-kira pukul 6.10 petang, mereka menjumpai tompokan besar pelarut tersebut.

"Ia kelihatan seolah-olah pelarut dibuang di sepanjang cerun menyebabkan ia mengalir ke Sg Buah," kata Azmin.



Tags / Kata Kunci: Sg Buah , Sg Semenyih , pelarut toksik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan