60 Pain Darah Penduduk Pulau Tioman Diterbangkan Ke HSA

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Selasa melakukan penerbangan ihsan membawa bekalan darah bagi pesakit yang memerlukannya susulan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Bekalan 60 pain darah itu didermakan penduduk Pulau Tioman.

Dalam kenyataan hari ini, Maritim Malaysia berkata operasi itu diketuai Pengarah Cawangan Operasi Udara Maritim Malaysia Brigadier Jeneral Datuk  Rosni Aziz bersama enam kru pesawat.

"Bekalan darah yang diterbangkan hari ini adalah sebagai bantuan perubatan kepada para pesakit yang memerlukan susulan insiden kebakaran di Hospital  Sultanah Aminah yang berlaku pagi tadi," katanya.

Operasi itu menggunakan pesawat Helikopter Agusta Westland (AW 139) Maritim Malaysia yang berlepas dari Stesen Udara Maritim Malaysia Subang pada 10.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Pulau Tioman pada 11.30 pagi.

Pesawat itu berlepas dari Pulau Tioman pada 2.30 petang dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada kira-kira pukul 3 petang.

Dalam kejadian yang bermula 8.56 pagi itu, enam pesakit, terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki maut.

Mereka adalah antara tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui selamat dan masih dirawat di Hospital  Sultanah Aminah.

Dua kakitangan hospital berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala seorang kakitangan lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah akibat terhidu asap.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan